Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia

Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia

Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia merupakan darjah baharu Negeri Pahang yang baru sahaja dizahirkan pada tahun 2024.

Istimewanya darjah yang terdiri dari empat peringkat ini adalah ia merupakan hasil nukilan dan rekaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kebawah Duli Tuanku Sultan juga telah memilih sendiri rekaan selempang dan riben setiap peringkat.

Proses rekabentuk dan pengeluaran darjah ini telah dilaksanakan selama tiga bulan dari awal hingga akhir dengan teliti oleh Kebawah Duli Tuanku dan pasukan teknikal Mariwasa.

Kalung darjah ini telah diperhiaskan dengan cogan-cogan empat orang Sultan Negeri Pahang yakni Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah, Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah Shah, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah serta Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Lencana-lencananya pula dimaniskan lagi oleh Kebawah Duli Tuanku dengan motif Bunga Pekan dan daunan kopi yang disolek enamel dan disadur emas.